Wednesday, 23 March 2011

MEGA PROJECT DESIGN BY US

LOKASI: 
 PROTON CITY, TANJUNG MALIM, PERAK

KONSEP:
LANDSKAP & AGRICULTURE

KEINDAHAN LANDSKAP PEMANGKIN AGRICULTURE


REKAAN OLEH CIKGU ASIAH


Rekaan 1

Rekaan ini menggabungkan rumah hijau yang futuristik di mana pengunjung boleh pergi ke sana dengan menaiki bot yang disediakan.  Pengunjung juga boleh melihat sendiri cara menanam sayuran dengan betul dan boleh mencuba. 


 Rekaan 2

Rekaan ini menerapkan elemen landskap dan agriculture dengan adanya rumah hijau dan pusat jualan.  Hasil tanaman juga boleh dibeli segar dari ladang.  Pengunjung juga boleh mencuba sendiri menanam sayuran di tapak semaian yang telah disediakan.  Selain daripada itu, terdapat unsur landskap kejur iaitu gazebo bertujuan untuk keluarga beriadah.


Rekaan 3

Rekaan ini mempunyai gabungan landskap dan agriculture dengan adanya bangunan yang mewah dan gazebo yang berdekatan dengan tasik untuk pengunjung dan pekerja beristirehat dan pengunjung boleh mendapatkan sayuran segar.
 

REKAAN OLEH CIKGU SURIANI


 Rekaan 1

Rekaan ini menerapkan elemen landskap yang menggunakan prinsip ulangan.  Siar kaki dibina bagi memudahkan pengunjung melawati kawan persekitaran.  Berhampiran dengan siar kaki, terdapat kawasan penanaman pelbagai jenis tanaman.


 Rekaan 2

Rekaan ini masih menggunakan unsur landskap dan agriculture sebagai konsep utama.  Terdapat pembinaan Rumah Hijau serta elemen landskap lembut.  Siar kaki disediakan bagi tujuan memudahkan pengunjung.


Rekaan 3

Rekaan ini lebih elegen dengan pembinaan jambatan serta penggunaan pokok bermusim.  Terdapat juga tanaman tumbuhan yang mempunyai hasil komersial.  Pengunjung juga dapat melihat kawasan persekitaran dengan laluan yang disediakan seperti jambatan.


REKAAN OLEH CIKGU MARIAH


 Rekaan 1

Rekaan ini mengabungkan penggunaan elemen landskap dan agriculture.  Binaan jambatan menghubungkan laluan utama ke Rumah Hijau bagi memudahkan pengunjung melawati kawasan ini.  Penanaman sayuran kubis dijadikan pertanian utama supaya pengunjung dapat melihat hasil tanaman dengan lebih dekat.  Gazebo diletakkan berhampiran dengan pertanian bagi mengelakkan kesesakan pengunjung yang datang melihat hasil tanaman.


 Rekaan 2

Rekaan ini menerapkan konsep utama iaitu landskap dan agriculture dengan menggunakan binaan landskap kejur dan tanaman labu.  Tanaman diletakkan berhampiran dengan binaan berfungsi sebagai tempat urusan jual beli.  Rumah Hijau masih dikekalkan rekaannya supaya memenuhi konsep ini.  Rekaan ini menggunakan teknologi pemprosesan hasil tanaman yang terletak jauh dari kawasan tanaman.  
  

Rekaan 3

Kebun teh dijadikan tumpuan utama kepada para pengunjung ke kawasan ini.  Binaan bangunan yang agak moden sebagai daya tarikan diwujudkan supaya persekitaran menjadi lebih bernilai estetika.  Rumah rehat dijadikan sebagai tempat persinggahan ketika melawat kawasan ini.


REKAAN OLEH CIKGU ZALEHA


 Rekaan 1

 Rekaan ini menerapkan elemen landskap dan agriculture dengan mengabungkan binaan bangunan, landskap dan hasil pertanian.  Pertanian yang dihasilkan adalah tanaman jagung untuk memudahkan para pengunjung mendapatkan hasil tanaman sambil bersiar- siar di kawasan ini.  Pertanian ini terletak berhampiran dengan tasik dan terdapat juga binaan bangunan yang lain seperti gazebo dan kilang.


 Rekaan 2

 Tanaman tembikai dijadikan hasil tanaman utama dan kawasan persekitaran seperti tasik dan pemandangan dikekalkan sebagai elemen landskap di kawasan ini.  Binaan bangunan seperti gudang terletak berhampiran dengan kawasan tanaman bagi memudahkan proses tuaian hasil tanaman.


Rekaan 3

Kebun Buah Naga merupakan daya penarik yang utama kepada para pengunjung di kawasan ini kerana ia terletak di tengah- tengah bandar yang moden.  Para pengunjung bukan sahaja boleh membeli buah naga malah dapat melihat secara dekat persekitaran di kebun ini.  Terdapat juga Rumah Hijau, kawasan istirehat dan bangunan di kawasan ini.


P/S: Diharap rekaan yang telah dihasilkan oleh kami ini mendapat pandangan atau pendapat bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang. Wassalam...

Sunday, 20 March 2011

APA ITU 'LANDSKAP DAN AGRICULTURE'

LANDSKAP bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen- elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.  LANDSKAP membabitkan elemen- elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya.



 Rupa Bentuk Landskap




AGRICULTURE merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian atau lebih dikenali sebagai sains pertanian (agriculture science).  Pertanian meliputi aktiviti mencucuk tanam, ternakan dan kebun buah- buahan dan ianya merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman.  Pertanian juga merupakan amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.


 Agriculture