Saturday 1 December 2012

Tanaman Hiasan Moden



HIDROKULTUR 
SATU KAEDAH PENANAMAN POKOK TERKINI

Tanpa menggunakan tanah sebaliknya menggunakan media cecair yang mengandungi nutrient yang lengkap.

Sifat media cecair ini mesra alam, ikan boleh hidup didalamnya bersama dengan pokok hiasan anda dalampasu balang kaca berenang di sekitar akar pokok yang menarik sekali.  Tanpa perlu penjagaan rapi.

Kajian NASA menyatakan keseluhuran bangunan masa kini menghadapi masalah sindrom “Sick Building” - (Bangunan Sakit)

Dengan adanya tanaman hidrokultur di dalam rumah, bangunan, pejabat, sekolah anda boleh mengatasi masalah tersebut. Umun mengetahui bahawa tumbuhan hijau membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Ini bermakna tanaman hidrokultur dapat membekalkan oksigen dalam
bangunan.

Tuesday 1 November 2011

Landskap Rumah Limas Johor

Rumah traditional Melayu Johor juga dikenali sebagai rumah limas Johor. Seni binanya sangat cantik dimana pembinaannya tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah limas traditional ini dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Semenanjung Malaysia. Rumah limas Johor banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari British, Belanda, dan juga unsur-unsur rumah di Indonesia.

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui bumbung rumah iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjuk langit. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil rumah ibu dan di hujungnya ialah anjung. Biasanya rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti.

Untuk mengetahuai dan melihat lebih dekat mengenai rumah ini bolehlah kita pergi ke Danga Bay, Johor Bahru kerana di kawasan ini didirikan rumah-rumah limas daripada setiap daerah di negeri Johor. Di kawasan rumah ini dibina landskap ala kampung. Kelihatannya cantik dan bersahaja. Penanaman rumput yang menghijau menjadikan kawasan taman menjadi lebih segar apatah lagi dengan kombinasi warna kayu rumah yang disapu dengan pewarna kayu. Balai Polis juga berbentuk rumah limas.
Sumber:
http://mekarharum.blogspot.com/2010/07/landskap-kawasan-rumah-limas-johor-di.html













Wednesday 23 March 2011

MEGA PROJECT DESIGN BY US

LOKASI: 
 PROTON CITY, TANJUNG MALIM, PERAK

KONSEP:
LANDSKAP & AGRICULTURE

KEINDAHAN LANDSKAP PEMANGKIN AGRICULTURE


REKAAN OLEH CIKGU ASIAH


Rekaan 1

Rekaan ini menggabungkan rumah hijau yang futuristik di mana pengunjung boleh pergi ke sana dengan menaiki bot yang disediakan.  Pengunjung juga boleh melihat sendiri cara menanam sayuran dengan betul dan boleh mencuba. 


 Rekaan 2

Rekaan ini menerapkan elemen landskap dan agriculture dengan adanya rumah hijau dan pusat jualan.  Hasil tanaman juga boleh dibeli segar dari ladang.  Pengunjung juga boleh mencuba sendiri menanam sayuran di tapak semaian yang telah disediakan.  Selain daripada itu, terdapat unsur landskap kejur iaitu gazebo bertujuan untuk keluarga beriadah.


Rekaan 3

Rekaan ini mempunyai gabungan landskap dan agriculture dengan adanya bangunan yang mewah dan gazebo yang berdekatan dengan tasik untuk pengunjung dan pekerja beristirehat dan pengunjung boleh mendapatkan sayuran segar.
 

REKAAN OLEH CIKGU SURIANI


 Rekaan 1

Rekaan ini menerapkan elemen landskap yang menggunakan prinsip ulangan.  Siar kaki dibina bagi memudahkan pengunjung melawati kawan persekitaran.  Berhampiran dengan siar kaki, terdapat kawasan penanaman pelbagai jenis tanaman.


 Rekaan 2

Rekaan ini masih menggunakan unsur landskap dan agriculture sebagai konsep utama.  Terdapat pembinaan Rumah Hijau serta elemen landskap lembut.  Siar kaki disediakan bagi tujuan memudahkan pengunjung.


Rekaan 3

Rekaan ini lebih elegen dengan pembinaan jambatan serta penggunaan pokok bermusim.  Terdapat juga tanaman tumbuhan yang mempunyai hasil komersial.  Pengunjung juga dapat melihat kawasan persekitaran dengan laluan yang disediakan seperti jambatan.


REKAAN OLEH CIKGU MARIAH


 Rekaan 1

Rekaan ini mengabungkan penggunaan elemen landskap dan agriculture.  Binaan jambatan menghubungkan laluan utama ke Rumah Hijau bagi memudahkan pengunjung melawati kawasan ini.  Penanaman sayuran kubis dijadikan pertanian utama supaya pengunjung dapat melihat hasil tanaman dengan lebih dekat.  Gazebo diletakkan berhampiran dengan pertanian bagi mengelakkan kesesakan pengunjung yang datang melihat hasil tanaman.


 Rekaan 2

Rekaan ini menerapkan konsep utama iaitu landskap dan agriculture dengan menggunakan binaan landskap kejur dan tanaman labu.  Tanaman diletakkan berhampiran dengan binaan berfungsi sebagai tempat urusan jual beli.  Rumah Hijau masih dikekalkan rekaannya supaya memenuhi konsep ini.  Rekaan ini menggunakan teknologi pemprosesan hasil tanaman yang terletak jauh dari kawasan tanaman.  
  

Rekaan 3

Kebun teh dijadikan tumpuan utama kepada para pengunjung ke kawasan ini.  Binaan bangunan yang agak moden sebagai daya tarikan diwujudkan supaya persekitaran menjadi lebih bernilai estetika.  Rumah rehat dijadikan sebagai tempat persinggahan ketika melawat kawasan ini.


REKAAN OLEH CIKGU ZALEHA


 Rekaan 1

 Rekaan ini menerapkan elemen landskap dan agriculture dengan mengabungkan binaan bangunan, landskap dan hasil pertanian.  Pertanian yang dihasilkan adalah tanaman jagung untuk memudahkan para pengunjung mendapatkan hasil tanaman sambil bersiar- siar di kawasan ini.  Pertanian ini terletak berhampiran dengan tasik dan terdapat juga binaan bangunan yang lain seperti gazebo dan kilang.


 Rekaan 2

 Tanaman tembikai dijadikan hasil tanaman utama dan kawasan persekitaran seperti tasik dan pemandangan dikekalkan sebagai elemen landskap di kawasan ini.  Binaan bangunan seperti gudang terletak berhampiran dengan kawasan tanaman bagi memudahkan proses tuaian hasil tanaman.


Rekaan 3

Kebun Buah Naga merupakan daya penarik yang utama kepada para pengunjung di kawasan ini kerana ia terletak di tengah- tengah bandar yang moden.  Para pengunjung bukan sahaja boleh membeli buah naga malah dapat melihat secara dekat persekitaran di kebun ini.  Terdapat juga Rumah Hijau, kawasan istirehat dan bangunan di kawasan ini.


P/S: Diharap rekaan yang telah dihasilkan oleh kami ini mendapat pandangan atau pendapat bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang. Wassalam...

Sunday 20 March 2011

APA ITU 'LANDSKAP DAN AGRICULTURE'

LANDSKAP bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen- elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.  LANDSKAP membabitkan elemen- elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya.



 Rupa Bentuk Landskap




AGRICULTURE merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian atau lebih dikenali sebagai sains pertanian (agriculture science).  Pertanian meliputi aktiviti mencucuk tanam, ternakan dan kebun buah- buahan dan ianya merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman.  Pertanian juga merupakan amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.


 Agriculture